some more discovery

Alhamdulillah,  baru jer close deal dengan seorang lagi pelanggan baru.
Walaupun dalam 2-3 hari ni sibuk berulang ke Melaka kerana melawat seorang
saudara terdekat yang diduga dengan penemuan kanser di ginjalnya.  
Di mana sekarang ini beliau sedang menunggu waktu yang sesuai yang akan ditetapkan 
oleh doktor beliau untuk membuang sebelah kiri ginjalnya.
Semoga beliau sekeluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan.
Yang pastinya kehidupan perlu diteruskan,
untuk kita yang masih dilimpahkan dengan nikmat kesihatan yang baik ini
pergunakanlah dengan sebaiknya bukan sewenangnya ya.
Dan hari ini entah macam mana sweetie chocolates terjumpa dengan satu laman sesawang
yang membantu melatih cara otak kita berfikir serta menajamkan daya ingatan.
Yang seronoknya, latihan-latihan yang diberikan adalah mudah dan menarik.
Sweetie Chocolates yakin anda tak akan jemu mencubanya..cubalah

No comments:

Post a Comment