Salam Lebaran


Rasanya belum terlambat lagi bagi Sweetie Chocolates untuk mengucapkan salam Aidilfitri....almaklum bulan ramadhan kali ini sememangnya menberi 1001 kelainan bagi Sweetie Chocolates.  Kesibukan menjalankan tugasan harian ditambah pula menyiapkan tempahan membuatkan masa untuk ber"online" amat terhad.

Aidilfitri tahun ini juga disambut begitu berbeza sekali bagi Sweetie Chocolates beserta suami dan anak-anak.  Namun pasrah dengan ketentuanNya, yang pasti setiap perkara yang berlaku tentu ada rahmatnya.

Dikesempatan ini Sweetie Chocolates ingin mengucapkan ribuan terima kasih bagi rakan-rakan yang menyokong Sweetie Chocolates.  Ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan.

Akhir kata, Selamat menyambut Lebaran, saling menziarahi dan jangan lupa pada insan yang serba kekurangan.  Semoga amalan kebaikan yang diamalkan semasa bulan ramadhan dapat diteruskan tanpa titik noktah.