Salam Ramadhan

 Salam Ramadhan buat semua, masih blum terlambat lagi buat Sweetie Chocolates mengucapkannya bukan.  Samada sedar atau tidak hari ini sudah masuk 13 Ramadhan.  Bagi anak-anak yang baru belajar berpuasa insyaAllah mereka mungkin telah sedikit terbiasa dan berkurang rengekannya.

Bagi kita yang telah meningkat usia ini Ramadhan seakan bermulanya satu saat baru , bagi kita menjadualkan diri, mempertingkatkan amal ibadah. Yang pastinya lakukan segalanya dengan ikhlas dan istikamah.  Semoga segala amalan solih yang kita lakukan ini berterusan dan dan dipertingkat lagi di masa hadapan.  Sesungguhnya di dalam kehidupan tiada apa yang kita cari hanyalah keredhaan dari Allah.



Jika ada yang bertanya Sweetie Chocolates tak buat chocolates untuk lebaran ke.  Yang pastinya chocolates di Sweetie Chocolates sentiasa ada, tidak kira masa.  Hubungi sahaja melalui telefon/sms 0142796977 @ email ke sweetiechocolates@yahoo.com untuk mendapatkan chocolates.