sweetie chocolates @ Muzium Tentera Darat

sweetie chocolates kiddos by the entrance of muzium tentera darat, Port Dickson


Separuh hari dihabiskan di muzium tentera darat Port Dickson bersempena hari pameran muzium.  Tak sangka pulak banyak info yang boleh dapat di dalam muzium tentera darat ni.  Mungkin pada hari-hari biasa tak banyak aktivitinya tetapi oleh kerana ianya adalah hari pameran, maka ada lebih sikitlah aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan di situ. Antaranya ialah menaiki kereta kebal.






Dengan hanya bayaran RM1 seorang, kami di bawa mengelilingi kem selama lebih kurang 5 minit. Seronok juga lah...




sweetie chocolates youngest kiddo...sooo excited during the ride




Sementara menunggu giliran menaiki kereta kebal, ada pula pegawai polis pelatih yang berkawad sambil membawa barangan yang mereka beli di luar. Jenuh juga sweetie chocolates tengok mereka berkawad keliling kem.   












Semua gerai pameran anak-anak sweetie chocolates masuk, dan yang paling lama dan berkali-kali masuk adalah gerai yang ada senjata-senjata ini. 





Kotak coklat


Inilah dia hasil terbaru dari sweetie chocolates. Walaupun tangan ku keras x seperti orang lain yang halus seninya, menjadi jugak kotak yang 100% diperbuat dari coklat ni.  Mudah bagi mereka yang memang bertangan seni, tp satu pengalaman yang menerujakan bagiku.

Chef Asma, guru kelas kotak coklatku. A very dedicated person, talented & skillful.