UPSR 2010

Alhamdulillah, tiada yang lebih indah apabila melihat anak-anak berjaya dalam apa yang mereka usahakan. Tahun ini anak sulung sweetie chocolates termasuk dalam statistik +/-480,000 calon UPSR 2010, +/- 48,000 yang berjaya mendapat 5A, +/- 6,000 calon yang mendapat 5A di Johor. Bukan untuk bermegah tetapi sekadar berkongsi kegembiraan. 



Melihat pada kronologi waktu hampir tarikh peperiksaan yang lalu sememangnya membuat sweetie chocolates terasa sedikit gusar. Manakan tidak seminggu sebelum cuti sempena aidilfitri anakanda dah seminggu cuti lebih awal kerana di serang sakit mata. Kemudian terus sambung cuti selama 2 minggu, yang mana dalam masa 3 minggu tu langsung tak buat ulangkaji pun...faham-faham jelah anak-anak ni kalau di rumah mana lah nak buat semua tu kemudian naik sahaja sekolah peperiksaan terus dijalankan.

Namun segalanya telah ditentukan olehNya, maka pada tarikh keramat 11/11/2010 lalu segala pengorbanan selama ini terbalas dengan tangisan gembira dengan keputusan cemerlangnya. Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin kepada anak-anak untuk berusaha lebih gigih untuk kejayaan dunia dan akhirat..amiin.


Dek terasa gembiranya sempatlah juga keesokan harinya dibekalkan kepada anak untuk membawa sedikit splitter untuk rakan-rakan sekelasnya yang rata-rata mendapat 5A dan 4A

Lukisan Coklat

Hmm..melukis dengan coklat...kagum sungguh dengan kreativiti yang dianugerahkan Allah kepada umatNya. Tengoklah hanya dengan sebotol coklat, hasilnya cukup menarik