Coklat kotak love

Permintaan dari anak buah suami di pejabatnya, nak buat hadiah kepada insan tersayang dia. Berpusing juga di dunia virtual lah mencari acuan (mould)..almaklum dekat Johor ni mould susah sikit nak dapat.  Pencarian akhirnya berjaya apabila sweetie chocolates menjumpai mould tersebut di satu blog .

Dan inilah hasilnya....

Terbaru dari Sweetie Chocolates

Bersempena syawal yang akan menjelang tiba..(puasa dah abis bayo ke..:) ), Sweetie Chocolates muncul dengan produk terbaru, ALMOND HEAVEN, rasa dia...pergh mmg shedap, kalau yang suka almond london, selepas rasa almond heaven nih pasti dah tak pandang almond london dah lepas ni...tempahan masih dibuka lagi, baru jer promo dah dekat seribu unit tempahan, so kalau tak nak terlepas merasa Almond Heaven dari Sweetie Chocolates cepat-cepat buat pesanan..boleh isi borang "query" yang ada kat tepi ni. Nyatakan berapa kotak nak, nanti Sweetie Chocolates akan beri no akaun untuk melakukan pembayaran. Beserta tarikh penghantaran bagi yg perlu di pos, bagi warga-warga sekitar jb bolehlah datang terus ke rumah Sweetie Chocolates @ pun kita boleh bertemu di bandaraya JB.

Pegi kelas lagi...

Selepas sebulan setengah menyertai kelas pertama coklat, hari ini SC berkesempatan sekali lagi menghadirkan diri untuk kelas yang ke dua kalinya. Ini semua bagi menambahkan lagi serta mendalamkan lg ilmu SC. Ialah kan lain "ticer" lain caranya. Yang penting ilmu yang dipelajari tu kan..yang pasti idea baru bertambah lagi..

Kali ini SC berkesempatan menghadiri kelas CHEF KHAIRI yang sememangnya arif di bidang coklat, bakery  & paste. Yang best dia x lokek ilmu & kelasnya yang "mesra alam" membuat tak sedar masa berlalu pantas.

Kalau nak tahu, Chef Khairi ni bekas chef di Secret Recipes & sehingga ke hari ini Secret Recipes masih menggunakan resepi hasil ciptaan beliau bagi  roti dan kek mereka. Chef Khairi juga pernah berkhidmat di Apple Doughnut. Dan beliau telah berkongsilah  sikit apa produk coklat yang dua syarikat ini gunakan...dan samalah juga dgn jenis coklat yang SC gunakan selama ini. :) 

Ini membuatkan SC berasa lebih yakin yang produk SC sememangnya berkualiti tinggi dan sedap..(ini doter SC yg kata...hihihi)



Chef Khairi sedang teliti mendengar soklan dari peserta


Tunggu ya 2, 3 hari lagi produk baru SC akan muncul sebab sekarang ni SC sedang menyiapkan beberapa tempahan coklat.
So, tungguu....:)


Nama

Chocolate, sakalada, shokolad, cokolada, chokolade, chocolade, chocolate, sokolaad, suklaa, chocolat, Schokolade, sokolata, Kokoleka, csokolade, coklatla cioccolata, shokora, chokore-to, cikkolata, shocklaid, sjoko
Antara nama-nama lain bagi coklat...sweetie terjumpa di satu laman di fb..erm...agaknya apa lg nama lain bagi coklat ya..?

Delivery to Mersing

Hmm...produk SC sudah ke  Mersing, camtu lah nampaknya. So bg penduduk2 di sekitar Mersing sila hubungi SC untuk mendapatkan produk SC, nanti SC boleh bagi no agen SC di Mersing.




Terdapat pelbagai bentuk, perisa serta pembungkusan..

Majlis Cukur Jambul

Mula-mula tuan punya badan nak tempah untuk majlis adiknya, oleh kerana dia dapat tahu berkenaan sc dah lewat, maka majlisnya dah terlalu dekat , tak dapatlah dia menempah.  Tetiba dia contact balik, nak menempah untuk majlis bercuklur jambul anaknya. SC ingat majlsnya di johor ni lah, rupa-rupanya dibuat di kuala lumpur. Hihihi, jauh sudah coklatku berjalan ya..;)


Ni sebelum operasi pembungkusan...



Sudah diisi ke dalam bekasnya, dan dimasukkan ke dalam kotak untuk penghantaran....ke kl sudah...(",)

Selamat Pengantin Baru

Tahniah diucapkan kepada  Dr Shereen & pasangannya Anol yang akan melangsungkan perkahwinan pada 12 jun 2010.  Semoga berkekalan selamanya. Tak lupa juga ucapan tahniah untuk proud mummy & daddy, Puan Kalsom & Encik Adzaludin menerima menantu tunggal mereka.  Semoga perjalanan majlis tenang dan lancar.