sweetie chocolates kiddos by the entrance of muzium tentera darat, Port Dickson |
Separuh hari dihabiskan di muzium tentera darat Port Dickson bersempena hari pameran muzium. Tak sangka pulak banyak info yang boleh dapat di dalam muzium tentera darat ni. Mungkin pada hari-hari biasa tak banyak aktivitinya tetapi oleh kerana ianya adalah hari pameran, maka ada lebih sikitlah aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan di situ. Antaranya ialah menaiki kereta kebal.
Dengan hanya bayaran RM1 seorang, kami di bawa mengelilingi kem selama lebih kurang 5 minit. Seronok juga lah...
sweetie chocolates youngest kiddo...sooo excited during the ride |
Sementara menunggu giliran menaiki kereta kebal, ada pula pegawai polis pelatih yang berkawad sambil membawa barangan yang mereka beli di luar. Jenuh juga sweetie chocolates tengok mereka berkawad keliling kem.
Semua gerai pameran anak-anak sweetie chocolates masuk, dan yang paling lama dan berkali-kali masuk adalah gerai yang ada senjata-senjata ini.
No comments:
Post a Comment