Pegi kelas lagi...

Selepas sebulan setengah menyertai kelas pertama coklat, hari ini SC berkesempatan sekali lagi menghadirkan diri untuk kelas yang ke dua kalinya. Ini semua bagi menambahkan lagi serta mendalamkan lg ilmu SC. Ialah kan lain "ticer" lain caranya. Yang penting ilmu yang dipelajari tu kan..yang pasti idea baru bertambah lagi..

Kali ini SC berkesempatan menghadiri kelas CHEF KHAIRI yang sememangnya arif di bidang coklat, bakery  & paste. Yang best dia x lokek ilmu & kelasnya yang "mesra alam" membuat tak sedar masa berlalu pantas.

Kalau nak tahu, Chef Khairi ni bekas chef di Secret Recipes & sehingga ke hari ini Secret Recipes masih menggunakan resepi hasil ciptaan beliau bagi  roti dan kek mereka. Chef Khairi juga pernah berkhidmat di Apple Doughnut. Dan beliau telah berkongsilah  sikit apa produk coklat yang dua syarikat ini gunakan...dan samalah juga dgn jenis coklat yang SC gunakan selama ini. :) 

Ini membuatkan SC berasa lebih yakin yang produk SC sememangnya berkualiti tinggi dan sedap..(ini doter SC yg kata...hihihi)



Chef Khairi sedang teliti mendengar soklan dari peserta


Tunggu ya 2, 3 hari lagi produk baru SC akan muncul sebab sekarang ni SC sedang menyiapkan beberapa tempahan coklat.
So, tungguu....:)


No comments:

Post a Comment